Wednesday, October 10, 2007

BANGSAWAN LELA MANJA (RESAM)

Lela dan manja merupakan dua beradik yang menjadi mangsa kekejaman serta keadaan. Kehadiran ibu tirinya telah mengubah corak hidup mereka berdua. Mereka di seksa sejak kecil dan di perlakukan seperti hamba. Keperitan hidup mereka berdua bertambah apabila ayahandanya pula di bunuh di depan mata. Maka kerana ketakutan itu, dua beradik ini terpisah di dalam hutan. Sekian lama terpisah, Lela yang menjadi permaisuri kepada Raja Muda, telah di dendami oleh Komeng yang ingin menuntut bela di atas kematian ayahandanya Megat Sura. Perjuangannya itu mendapat sokongan dari Manja yang tidak menyedari kisah sebenar yang di selindungkan. Raja Muda di buru Manja, sehinggalah Lela dan Manja di pertemukan semula. Manja telah menyedari kesilapannya telah menawarkan diri menentang Komeng bagi menebus aib serta membalas dendam di atas kematian ayahandanya. Maka kerana takdir jua, Lela dan Manja bersama semula... Ayuh saksikan Bangsawan Lela Manja anjuran bersama DBKL,KEKKWA,Kebudayaan Kesenian& Warisan Selangor, di mainkan oleh RESAM ,di bawah arahan KhusairyMahayudin...saksikan secara percuma di di Panggung Bandaraya Kuala Lumpur pada 9 hingga 11 November ini jam 8.30 Malam.... FORUM LINK

No comments: